CUEPACS MINTA JPA SEGERA KELUARKAN PEKELILING

on Saturday, 24 March 2012

CUEPACS minta JPA Keluarkan Pekeliling | JPA diminta segera keluarkan Pekeliling - CUEPACS menggesa Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) mengeluarkan pekeliling berhubung pelarasan gaji baru bagi kakitangan awam mengikut Skim Saraan Malaysia (SSM) selewat-lewatnya hujung bulan ini.


Presiden CUEPACS Datuk Omar Osman berkata, pekeliling itu perlu diedar segera kepada semua kementerian, jabatan dan agensi kerajaan bagi membolehkan pembayaran gaji baru dengan kenaikan antara tujuh dan 13 peratus dibuat kepada semua kakitangan awam mulai bulan depan. 

Beliau berkata, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak sudah mengumumkan pelarasan gaji baru kakitangan awam iaitu kenaikan antara tujuh dan 13 peratus tetapi pihaknya masih menunggu pekeliling itu untuk membolehkan setiap agensi membuat kiraan gaji untuk dibayar pada bulan berikutnya. 


Omar berkata, jika JPA lewat mengeluarkan pekeliling itu, ia akan menyukarkan jabatan dan agensi kerajaan membuat kiraan gaji baru, selain perlu membayar tunggakan gaji lebih tinggi pada masa depan.
Ranking: 5

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment

 
© Info Kebaboom | All Rights Reserved
D.I.Y Themes ByBelajar SEO