Juara Skuasy Terbuka KL 2012 | Juara Skuasy CIMB Nicol David Terbuka Kuala Lumpur 2012 - Seperti yang dijangka, pemain skuasy negara Datuk Nicole Ann David bergelar juara bagi kejohanan terbuka skuasy CIMB Nicol David Kuala Lumpur bagi tahun 2012.
Apa yang lebih manis, kejayaannya pada kejohanan kali ini adalah apabila Kejohanan Skuasy Terbuka KL CIMB dikenali sebagai Kejohanan Skuasy Terbuka KL Nicol David dan beliau menjuarai kejohanan yang menggunakan namanya sendiri. Pertukaran nama kejohanan ini adalah sebagai penghormatan kepada ratu squasy negara itu yang telah pun menjuarai enam kejuaraan dunia.
Perlawanan akhir yang berlangsung di Berjaya Times Square sekitar jam 4 petang tadi menemukan Datuk Nicol Ann David dengan Annie Au dari Hong Kong iaitu ranking ke 10 dunia. Nicol menang mudah menewaskan Annie Au dengan 11-4, 12-10 dan 11-9.
Sementara itu, bagi kategori lelaki, Andrian Grant dari England bertemu Omar Mosaad dari Mesir. Kemenagan memihak kepada Omar dengan 11-6, 12-10. 14-12, 11-6 dan 11-8 dalam tempoh lebih kurang 112 minit.
Omar pulang dengan hadiah wang tunai AS$ 8,075 (RM24,725) manakala Nicol AS$11,000 (RM34,906).
SUMBER
SUMBER
{ 0 comments... read them below or add one }
Post a Comment