Showing posts with label Scha dan awal nikah. Show all posts
Showing posts with label Scha dan awal nikah. Show all posts

AWAL DAN SCHA NIKAH 4 MEI

on Wednesday, 28 March 2012

Awal dan Scha Nikah | Tarikh Nikah Awal dan Scha - Rentetan daripada peristiwa Awal Ashaari melamar Scha Al Yahya secara live tempoh hari, pada satu sidang media khas, Awal dan Scha mengumumkan tarikh pernikahan mereka adalah pada 4 Mei 2012.

Majlis gilang gemilang tersebut dijangkan diadakan di Pullman Putrajaya. Majlis resepsi pula akan diadakan di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) pada 6 Mei, jam 8.00 malam.


Menurut mereka, majlis merisik telah diadakan pada 30 Mei 2011 lalu iaitu pada harijadi Scha yang ke 28. Pada majlis itu Scha menerima sebentuk cincin tanda yang disarungkan oleh kakak Awal.

SUMBER
Tag : ,

AWAL LAMAR SCHA LIVE DI ASTRO RIA

on Sunday, 25 March 2012

Awal Lamar Scha | Awal Lamar Scha Live - Bagi sesiapa yang menonton rancangan Propaganza tadi pasti telah pun menonton bagaimana Awal Ashaari telah melamar kekasihnya Scha Al-Yahya dalam rancangan tersebut yang disiarkan secara langsung. 

Semasa Awal melamar Scha, beliau memberikan sebentuk cincin bersama-sama sejambak bunga dan juga teddy bear yang sangat besar. Sungguh romantik dan penuh kejutan cara Awal Ashaari melamar kekasihnya Scha untuk dijadikan isteri.

Seperti yang pernah diberitahu sebelum ini, Awal dan Scha akan mengumumkan tarikh perkahwinan mereka pada selasa ini 27 Mac, 2012 jam 3 petang di Flora Cafe. Berikut adalah gambar yang diperolehi dari murai.com.my untuk tatapan anda.


VIDEO AWAL LAMAR SCHA DALAM PROPAGANZA




Info Kebaboom : Tahun 2012 adalah tahun artis menamatkan zaman bujang mereka. Semoga mereka berbahagia.
Tag : , ,

SCHA DAN AWAL UMUM TARIKH NIKAH

on Wednesday, 21 March 2012

Scha dan Awal Kahwin | Scha dan Awal Umum Tarikh Pernikahan - Desas desus mengenai tarikh perkahwinan pasangan pelakon Awal Ashaari dan Scha Al Yahya akan terjawab apabila kedua-dua artis tersebut akan membuat pengumuman rasmi mengenai pernikahan mereka pada Selasa depan.


Majlis berkenaan akan diadakan di Ampwalk, Jalan Ampang dekat sini bermula pukul 3 petang yang akan dihadiri oleh kedua-dua pasangan tersebut.

Jemputan mengenai sidang media majlis itu telah dikirimkan kepada pihak media lewat petang Rabu.

Sementara itu pengurus kepada Awal iaitu Azlina Merican yang dihubungi mStar Online di sini memberitahu, pihak media boleh bertanya apa juga soalan kepada kedua-dua pasangan berkenaan berhubung teka-teki mengenai hubungan mereka selama ini.
“Insya-Allah, Awal dan Scha bersedia untuk berkongsi satu berita gembira buat peminat dan juga pihak media,” katanya yang masih mahu berahsia mengenai inti pati majlis itu.

Awal atau nama sebenarnya Ahmad Awaluddin Ashaari,31, sebelum ini menjelaskan terpaksa menangguhkan perkahwinannya dengan Scha atau nama sebenarnya Sharifah Norazean Syed Mahadzir, 29, kerana tempahan dewan yang dikatakan telah penuh.

Bagaimanapun timbul pula desas desus mengatakan mereka akan mengakhiri zaman bujang masing-masing pada pertengahan tahun ini - mStar

Info Kebaboom - Tahniah untuk Scha dan Awal. Semoga bahagia sentiasa.
Tag : ,
 
© Info Kebaboom | All Rights Reserved
D.I.Y Themes ByBelajar SEO