Teman Lelaki dan 3 Rakan didakwa Bunuh Zara dan Bapa | - Suspek kes bunuh seorang pensyarah kolej swasta yang ditemui mati dibunuh bersama bapanya di Puchong dua minggu lalu dihadapkan ke Mahkamah MajistretPetaling Jaya Semalam. Suspek juga difahamkan adalah teman lelaki pensyarah berkenaan.
Tertuduh Mohamad Zul Shahril Suhaimi, 20, dan tiga lagi rakan, Mohamad Sharafee Matt Noh, 19, Azizi Aizat Ibrahim, 20, dan Muhamad Safwan Muhamad, 20, adalah pelajar Kolej Teknologi Antarabangsa Cybernetics di Cheras, Kuala Lumpur yang juga tempat mangsa mengajar. Mereka kelihatan tenang dan hanya menjawab mereka faham, semasa ditanya berhubung tuduhan tersebut dan tiada sebarang pengakuan direkodkan.
Mereka didakwa membunuh Zara Eleena Omar Peter, 23, juga orang kelainan upaya (OKU) di rumah No. 28, Jalan TK 1/11, Taman Kinrara Puchong antara pukul 1.30 pagi dan pukul 2.30 pagi, 9 Mac lalu.
Bagi tuduhan kedua, mereka didakwa membunuh bapa Zara, Omar Peter Abdullah, 57, di antara pukul 11.30 malam, 8 Mac lalu hingga pukul 1.30 pagi, 9 Mac lalu di rumah sama.
Info Kebaboom : Masih muda-muda lagi semua tertuduh. Membazir usia dan tenaga muda bila terpaksa habiskan masa dipenjara.
SUMBER
Info Kebaboom : Masih muda-muda lagi semua tertuduh. Membazir usia dan tenaga muda bila terpaksa habiskan masa dipenjara.
SUMBER
{ 0 comments... read them below or add one }
Post a Comment