DAFTAR PEMILIH SEBELUM APRIL 2012 | LAYAK MENGUNDI PRU 13

on Friday, 30 March 2012

Daftar Pemilih Sebelum April 2012 | PRU 13 | - Esok akan berakhirlah tempoh pendaftaran pemilih bagi suku tahun pertama 2012. Daftar Pemilih Tambahan Suku Tahun (DPT ST) 1/2012 dijangka diwartakan pada bulan Mei ini. Bagi sesiapa yang masih belum mendaftar sebagai pemilih boleh melakukan demikian sebelum ahad 1 April 2012 bagi membolehkan anda mengundi pada Pilihanraya Umum Ke 13 sekiranya Pilihanraya Umum tersebut dijalankan selepas bulan Jun 2012.


Sehingga DPT ST 4/2011 yang berakhir pada 31 Disember tahun lalu,jumlah pemilih yang berdaftar di seluruh negara ialah 12,595,268 orang, manakala 3,088,540 orang atau 19.7 peratus masih belum mendaftar sebagai pengundi.

Info Kebaboom : Bagi sesiapa yang berhasrat untuk mengundi bagi Pilihanraya Umum Ke 13 yang dijangka berlangsung pada tahun ini, anda dinasihatkan untuk mendaftar sebagai pengundi. Tunaikanlah tanggungjawab kita sebagai rakyat Malaysia.


Ranking: 5

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment

 
© Info Kebaboom | All Rights Reserved
D.I.Y Themes ByBelajar SEO