Alhamdulillah, dengan sekali lafaz sahaja, bekas jaguh atlet bina badan negara Dato Malek Noor sah menjadi suami kepada seorang pakar pedriatik, Dr Wan Asma Wan Ismail.
Majlis resepsi perkahwinan pula akan diadakan esok di Hotel Renaissance, Kota Baharu. Menurut Malek Noor, dia memilih tarikh 12 Mac 2012 sebagai detik terindah untuk bergelar suami kerana mahu mengimbas perjalanannya ke Tanah Suci, Mekah pada tarikh sama tahun lalu untuk mengerjakan umrah.
Katanya, semasa di Mekah, dia memohon doa kepada Allah agar memberi hidayah kepadanya serta petunjuk termasuklah mengenai calon isteri.
Selepas pulang daripada mengerjakan ibadah tersebut kata Malek, perjalanan hidupnya menjadi semakin mudah sehinggalah dia bertemu dengan wanita berkenaan.
Kami di Info Kebaboom mendoakan semoga perkahwinan yang dibina oleh mereka berkekalan hingga ke akhir hayat dan tahniah.
Majlis pernikahan mereka berlangsung di rumah keluarga pengantin perempuan di Kota Baharu, Kelantan. Segak mengenakan persalinan berwarna putih, Malek Noor memberikan senaskah Al-Quran sebagai barang hantaran. Khabarnya dalam upacara tersebut, tiada wang hantaran yang diberikan kerana menurut Dr.Wan Asma, dia tidak lagi memerlukan semua itu.
Majlis resepsi perkahwinan pula akan diadakan esok di Hotel Renaissance, Kota Baharu. Menurut Malek Noor, dia memilih tarikh 12 Mac 2012 sebagai detik terindah untuk bergelar suami kerana mahu mengimbas perjalanannya ke Tanah Suci, Mekah pada tarikh sama tahun lalu untuk mengerjakan umrah.
Katanya, semasa di Mekah, dia memohon doa kepada Allah agar memberi hidayah kepadanya serta petunjuk termasuklah mengenai calon isteri.
Selepas pulang daripada mengerjakan ibadah tersebut kata Malek, perjalanan hidupnya menjadi semakin mudah sehinggalah dia bertemu dengan wanita berkenaan.
Kami di Info Kebaboom mendoakan semoga perkahwinan yang dibina oleh mereka berkekalan hingga ke akhir hayat dan tahniah.
{ 0 comments... read them below or add one }
Post a Comment