UGUTAN BUNUH ZED ZAIDI

on Monday, 12 March 2012

Dunia hiburan tanah air kecoh apabila Timbalan Presiden Persatuan Seniman Malaysia iaitu Zed Zaidi menerima ugutan bunuh. Ramai yang berpendapat bahawa Zed Zaidi menerima ugutan bunuh setelah beliau mengusulkan tiga perkara kepada Perdana Menteri Datuk Sri Najib Tun Razak.


Pada Festival Youth Music Barisan Nasional (BN) 2011 yang berlangsung 4 Mac lalu, beliau telah mengusulkan tiga perkara iaitu kuota Rumah Rakyat 1Malaysia (PR1MA), perlindungan insurans dan penggunaan cermin kereta gelap untuk artis. Usul yang hebat mendapat kecaman adalah berkaitan penggunaan cermin gelap dikalangan artis.

Berikutan ugutan bunuh yang diterimanya menerusi e-mel, panggilan telefon, laman sosial seperti Twitter dan Facebook, Zed Zaidi melahirkan kebimbangan terutamanya tentang keselamatan isterinya yang sedang hamil lima bulan.

Adakah ugutan bunuh ini berpunca daripada usul yang dikemukakan oleh beliau tentang penggunaan cermin gelap kepada Perdana Menteri Malaysia?
Ranking: 5

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment

 
© Info Kebaboom | All Rights Reserved
D.I.Y Themes ByBelajar SEO