Satu lagi model kereta sedan keluaran negara iaitu Proton P3-21A sedang hangat diperkatakan kini. Bagi yang berminat untuk memiliki model keluaran terbaru proton pasti tertanya-tanya harganya.
Proton Holdings Berhad telah mengumumkan harga jualan proton model terbaru keluarannya P3-21A bermula dari RM62,000 hingga RM75,000 seunit mengikut jenis variasi dan spesifikasi dan tempahan telah mula dibuka semalam.
Menurut pengarah urusannya, orang ramai boleh membuat bayaran tempahan sebanyak RM500 di semua pusat jualan Proton seluruh negara atau di acara mega lima hari dinamakan ‘Power Of 1’ di Stadium Nasional Bukit Jalil dari 14 hingga 18 Mac ini.
Pembeli yang membuat tempahan bagi model baru itu juga berpeluang memenangi hadiah utama Lotus F1 Team i-Race berupa pengalaman memandu kereta Formula Satu Lotus dan mengikuti program khusus sebagai seorang pemandu F1 dalam sesi khas ditaja sepenuhnya di Sepanyol.
{ 0 comments... read them below or add one }
Post a Comment