Cerita tentang pelakon terkenal tanah air iaitu Fasha Sandha yang akan menamatkan zaman bujang beliau pada bulan hadapan sedang hangat diperkatakan semenjak gambar beliau dan kekasihnya Jejai atau Toh Muda Rizal Ashram mengikuti kursus perkahwinan disebarkan oleh beberapa individu tertentu.
Memandangkan majlis bersejarah beliau yang semakin dekat, beliau memaklumkan bahawa beliau enggan menerima sebarang tajaan dari mana-mana pihak untuk majlis perkahwinan mereka nanti.
Fasha juga memaklumkan segala kelengkapan perkahwinan termasuk empat pasang persalinan busana untuk majlis perkahwinan tersebut akan dibayar sendiri oleh bakal suaminya yang sememangnya tidak mahu mengharapkan penaja untuk majlis perkahwinan mereka nanti.
“Saya dan bakal suami tidak akan menerima sebarang tajaan daripada mana-mana pihak kerana bakal suami ingin mengeluarkan sendiri wangnya untuk majlis kami nanti.
“Tambahan pula kami tidak mahu terhutang budi dengan mereka yang ingin berbuat demikian dan biarlah apa yang ada nanti datang daripada hasil titik peluh kami berdua,” ujarnya kepada mStar Online.
{ 0 comments... read them below or add one }
Post a Comment