Ayah Pin Lumpuh | Ayah Pin Sakit - Pasti ramai yang masih ingat tentang Ariffin Muhammad, 75 atau Ayah Pin iaitu pemimpin ajaran sesat yang dikenali sebagai 'kerajaan langit' yang beberapa ketika menghilangkan diri.
Ayah Pin kini dikatakan muncul kembali tetapi dalam keadaan menyedihkan apabila lumpuh separuh badan bahagian kanan akibat angin ahmar dan hanya mampu berjalan dengan dipimpin orang. Beliau dikatakan diserang angin ahmar ketika minum di sebuah gerai di Batu 13, Hulu Besut bulan lalu.
Ayah Pin berulang-alik dari tempat tinggalnya di Batu 13, Hulu Besut ke Bachok untuk berurut dengan seorang tukang urut bagi mengubati penyakitnya dan biasanya akan ditemani dua isterinya serta seorang anak perempuan berusia belasan tahun dengan menaiki sebuah kenderaan pelbagai guna (MPV) berwarna gelap.
Adiknya, Abdul Rahman Muhamad, 64, yang kerap dikunjungi abangnya itu ketika datang berurut di Bachok mengesahkan keadaan terkini Ayah Pin.
SUMBER
{ 0 comments... read them below or add one }
Post a Comment