Pemandu Langgar Rafizi Hamdan Serah Diri | Rakaman CCTV Rafizi dilanggar | Negara dikejutkan dengan berita kematian seorang pelumba basikal dari Kelab Lee Tua yang maut akibat dilanggar dari belakang oleh sebuah kereta proton yang dipandu laju. Mangsa meninggal ditempat kejadian dan kereta yang melanggar beliau dikatakan dipandu dengan laju. Lebih malang lagi apabila pemandu kereta berkenaan tidak membantu mangsa malah meninggalkan tempat kejadian. Pemandu kenderaan itu melarikan diri tanpa menyedari nombor pendaftarannya tertanggal berhampiran mayat mangsa.
Menurut beberapa sumber, suspek yang berusia 20-an itu menyerah diri kepada polis dan akan didakwa dalam masa terdekat. Kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 kerana memandu secara berbahaya atau melulu hingga menyebabkan kematian.
Menurut rakaman CCTV di sebuah stesen minyak berhampiran, kereta tersebut dipandu laju sehingga gagal mengawal kenderaannya dan seterusnya melanggar mangsa sehingga tercampak.
RAKAMAN CCTV RAFIZI HAMDAN DILANGGAR
{ 0 comments... read them below or add one }
Post a Comment