Bermula semalam, 15 Mac 2012 telah bermulanya Pesta Belon Udara Panas Antarabangsa 2012 yang berlangsung di Putrajaya. Pesta belon udara panas ini disertai oleh pelbagai pihak yang datangnya dari dalam negara dan juga luar negara. Beberapa belon udara panas memenuhi ruang angkasa pada hari pembukaannya semalam.
Terdapat lebih daripada 26 belon dari 13 negara bersaing pada acara tahunan yang telah memasuki edisi keempat kali ini. Para pengunjung pesta belon udara juga berpeluang untuk menaiki dan merasai sendiri pengalaman menaiki belon udara panas selama 5 hingga 7 minit dengan kadar bayaran serendah RM10.
Berikut adalah butiran lanjut berkaitan Pesta Belon Udara Panas 2012
Pesta Belon Udara Panas Antarabangsa Putrajaya 2012
Tema : 1Dunia, 1Malasyia, 1Pesta
Tarikh Dan Masa : 13 – 18 Mac 2011 (7.00 pagi – 9.00 malam)
Lokasi : Monumen Alaf Baru, Precint 2, Putrajaya
{ 0 comments... read them below or add one }
Post a Comment