Hanya kerana merajuk dengan suaminya, seorang wanita Tan Meng Leng, 35 tergamak mencampak anak tunggal mereka yang berusia lima tahun dari tingkat enam di pangsapuri Seri Alam, Serdang sebelum beliau sendiri bertindak terjun dari tingkat 10 blok yang berasingan.
Kejadian yang berlaku kira-kira jam 11.40 pagi itu dikatakan berpunca daripada perasaan marah dan merajuk apabila suaminya yang mahu keluar membaiki kereta di sebuah bengkel berhampiran enggan membawa bersama anak perempuan mereka. Suaminya, Teoh Hock Hwa, 45 berkata beliau enggan membawa anaknya bersama kerana beliau akan terus ke tempat kerja selepas membaiki kereta.
Kedua-dua mangsa tinggal di tingkat dua bangunan pangsapuri berkenaan dan polis masih menjalankan siasatan mengenai punca kejadian.
Info Kebaboom berasa sangat terkejut dan sedih apabila membaca berita ini. Bagaimana seorang ibu sanggup mencampak anak yang dikandungnya selama 9 bulan hanya disebabkan rasa marah dan merajuk pada si suami.
{ 0 comments... read them below or add one }
Post a Comment