DICULIK KETIKA MEMBELI KAD PRABAYAR

on Monday, 19 March 2012

Siti Nurfatihah Hilang | Siti NurFatihah diculik | Pelajar Hilang | Pelajar diculik | - Hari ini Malaysia gempar lagi apabila seorang pelajar dikatakan hilang ketika keluar membeli kad tambah nilai prabayar atau top up di sebuah kedai berhampiran dengan rumah mereka di Taman Tas, Kuantan. Siti Nurfatihah Mahadi, 15 tahun yang keluar ke kedai bersama-sama dengan dua orang adik kembarnya iaitu Muhammad Syahmi Aiman dan Siti Nurul Aishah yang masing-masing berusia 11 tahun.


Pelajar tingkatan tiga Sekolah Menengah Kebangsaan Pandan keluar dari rumahnya pukul 12 tengah hari dan beliau dipercayai dilarikan menggunakan sebuah kereta jenis Honda berwarna gelap oleh tiga individu termasuk seorang wanita tidak dikenali.

Orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai mangsa diminta menghubungi mana-mana balai polis berhampiran atau menghubungi Mahadi Muda di talian 019 9897807 atau 019 9813361.

Info Kebaboom rasa baru semalam kes pembunuhan Nurul Nadhirah Abdullah atau Dirang berlaku, hari ini terjadi pula kehilangan Siti Nurfatihah. Manusia semakin kejam.

SUMBER


Ranking: 5

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment

 
© Info Kebaboom | All Rights Reserved
D.I.Y Themes ByBelajar SEO