Setelah mendapat beberapa bantahan tentang isu mengenakan cukai 6% cukai perkhidmatan terhadap pengguna prabayar, kerajaan dijangka untuk membuat keputusan untuk membenarkan syaraikat-syarikat telekomunikasi yang terdapat di Malaysia mengenakan cukai perkhidmatan sebanyak enam peratus terhadap pengguna prabayar, berkuatkuasa pada 1 Julai depan.
Mengikut sumber yang dipetik oleh Hong Leong Investment Bank (HLIB) Research, difahamkan, Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) telah mengeluarkan memo kepada semua syarikat telekomunikasi supaya bersedia secara teknikal terhadap pelaksanaannya.
Menurut HLIB Research, dengan pelaksanaan itu, pendapatan syarikat telekomunikasi dijangka meningkat berbanding sebelum ini di mana mereka terpaksa menyerap cukai perkhidmatan itu berbanding dikenakan kepada pengguna.
{ 0 comments... read them below or add one }
Post a Comment