SPM 2011 | Dapat A+ Semua Subjek | Analisis Keputusan SPM - Hari ini ramai adik-adik kita yang telah pun menerima keputusan bagi Peperiksaan SPMyang telah mereka duduki pada tahun 2011. Bagi adik-adik yang belum berkesempatan mengambil keputusan, adik-adik boleh juga menyemak keputusan peperiksaan SPM 2011 menggunakan khidmat SMS.
Menurut Ketua Pengarah Pelajaran, Datuk Seri Abd Ghafar Mahmud, seramai 559 calon sekolah Kementerian Pelajaran berjaya memperoleh gred Cemerlang Tertinggi (A+) bagi semua mata pelajaran yang diambil dalam Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2011 berbanding seramai 403 calon pada 2010.
Beliau turut berkata, daripada jumlah itu, seramai 506 adalah calon sekolah menengah kebangsaan manakala 53 lagi calon dari sekolah selain sekolah menengah kebangsaan berbanding masing-masing 363 dan 40 calon pada tahun 2010.
Info Kebaboom : Pernah merasa betapa berdebarnya semasa menunggu keputusan SPM diumumkan.
{ 0 comments... read them below or add one }
Post a Comment