BANJIR KILAT DI KLANG

on Friday, 30 March 2012

Klang dilanda banjir kilat | Banjir kilat landa Klang | Gambar banjir di Klang - Berikutan daripada hujan yang berterusan sejak jam 3.30 pagi, akhirnya klang dilanda banjir kilat setinggi hampir satu meter dan ini adalah kali kedua klang dilanda banjir.


Antara kawasan yang dilanda banjir adalah Taman Sri Andalas, Taman Selatan, Taman Melawis, Taman Sentosa, Taman Bayu Perdana, Taman Sg Ujong, Taman Palmgrove, Padang Jawa dan Taman Chi Liung. Beberapa sekolah juga terpaksa ditutup disebabkan banjir.


Menurut penduduk, punca banjir yang berlaku berpunca daripada kunci air yang tidak dibuka. Longkang yang tersumbat juga semakin memburukkan keadaan.
Tag : ,

KEPUTUSAN LIGA SUPER 30 MAC 2012 | KUALA LUMPUR VS NEGERI SEMBILAN

Kuala Lumpur Vs Negeri Sembilan Liga Super | Keputusan Liga Super Kuala Lumpur Vs Negeri Sembilan -  Satu lagi perlawanan bola sepak Liga Super yang akan berlangsung hari ini akan melibatkan pasukan Kuala Lumpur dan Negeri Sembilan yang akan diadakan di Stadium Hang Jebat, Melaka. Perlawanan akan berlangsung pada malam ini sekitar jam 8.45 malam.



LIVE STREAMING KUALA LUMPUR VS NEGERI SEMBILAN


KUALA LUMPUR VS NEGERI SEMBILAN
1 - 2
(KEPUTUSAN PENUH)
Tag : ,

KEPUTUSAN LIGA SUPER 30 MAC 2012 | KEDAH VS PERAK

Kedah Vs Perak Liga Super 2012 | Keputusan Liga Super Kedah Vs Perak - Pertembungan antara Kesah dan Perak yang dijadualkan berlangsung pada malam ini sekitar jam 8.45 malam di Stadium Darul Aman, Kedah. Pasukan Perak akan beraksi ditempat lawan dan perlu berkerja lebih keras sekiranya ingin memastikan 3 mata penuh dibawa pulang malam ini.

Pada 17 Mac, 2012 yang lalu pasukan Kedah tewas kepada Negeri Sembilan dengan 1-2 manakala pasukan Perak turut kalah kepada pasukan Kelantan dengan 0-2. Kedua-dua pasukan pastinya berusaha keras untuk menang pada perlawanan malam nanti.





PERAK VS KEDAH
0 - 3
(KEPUTUSAN PENUH)
Tag : ,

DAFTAR PEMILIH SEBELUM APRIL 2012 | LAYAK MENGUNDI PRU 13

Daftar Pemilih Sebelum April 2012 | PRU 13 | - Esok akan berakhirlah tempoh pendaftaran pemilih bagi suku tahun pertama 2012. Daftar Pemilih Tambahan Suku Tahun (DPT ST) 1/2012 dijangka diwartakan pada bulan Mei ini. Bagi sesiapa yang masih belum mendaftar sebagai pemilih boleh melakukan demikian sebelum ahad 1 April 2012 bagi membolehkan anda mengundi pada Pilihanraya Umum Ke 13 sekiranya Pilihanraya Umum tersebut dijalankan selepas bulan Jun 2012.


Sehingga DPT ST 4/2011 yang berakhir pada 31 Disember tahun lalu,jumlah pemilih yang berdaftar di seluruh negara ialah 12,595,268 orang, manakala 3,088,540 orang atau 19.7 peratus masih belum mendaftar sebagai pengundi.

Info Kebaboom : Bagi sesiapa yang berhasrat untuk mengundi bagi Pilihanraya Umum Ke 13 yang dijangka berlangsung pada tahun ini, anda dinasihatkan untuk mendaftar sebagai pengundi. Tunaikanlah tanggungjawab kita sebagai rakyat Malaysia.


Tag : ,

SEMAK KEPUTUSAN MATRIKULASI KPM ONLINE

Semak Keputusan Kemasukan Matrikulasi 2012/2013 Online | Bagi adik-adik kita yang baru sahaja menerima keputusan SPM baru-baru ini dan telah memohon untuk kemasukan ke program Matrikulasi Kemanterian Pelajaran Malaysia (KPM) bolehlah berbuat demikian bagi PST dan PDT mulai 25 April 2012.


Keputusan kemasukan ke Matrikulasi Kementerian Pelajaran Malaysia boleh dibuat menggunakan dua cara iaitu melalui laman web Kementerian Pelajaran Malaysia di Semakan Tawaran Kolej Matrikulasi yang bermula sejak 25 April, 2012 atau melalui khidmat pesanan ringkas (SMS).

Cara semakan melalui khidmat pesanan ringkas (SMS) adalah seperti berikut;

Taip MOE (jarak) MAT (jarak) No.KP (tanpa sempang) 
dan hantar kepada 15888

Contohnya;

MOE MAT 940214024567
hantar kepada 15888 
Tag :
 
© Info Kebaboom | All Rights Reserved
D.I.Y Themes ByBelajar SEO