Showing posts with label SSM 2012. Show all posts
Showing posts with label SSM 2012. Show all posts

JPA KELUARKAN PEKELILING GAJI BARU SSM 2012

on Saturday, 31 March 2012

Pekeliling Gaji Baru SSM12 | Gaji Baru Penjawat Awam 2012 | Jadual Gaji Baru SSM | Semakan Gaji Baru SSM - Setelah beberapa usaha dilakukan dan gesaan CUEPACS supaya Jabatan Perkhidmatan Awam Malaysia (JPA) akhirnya telah pun mengeluarkan Pekeliling yang semenangnya amat dinantikan oleh penjawat awam seluruh Malaysia.


Pekeliling yang dimaksudkan adalah Pekeliling Perkhidmatan Bil. 1 Tahun 2012. Seperti semua sedia maklum, penambahbaikan gaji yang dibuat ke atas Sistem Saraan Malaysia sebelum ini adalah berdasarkan peratusan yang telah dipersetujui seperti berikut;


Berdasarkan daripada peratusan yang telah ditetapkan, prinsip pemberian kenaikan gaji adalah berdasarkan gaji hakiki pegawai pada 31 Disember, 2011 dan ditambah dengan kadar peratusan kenaikan gaji mengikut gred yang telah ditetapkan.

Jadual Gaji Sebaris bagi Kumpulan Pengurusan Tertinggi dan Jadual Gaji Matriks bagi Kumpulan Pengurusan dan Profesional, serta Kumpulan Pelaksana yang berkuat kuasa sehingga 31 Disember 2011 adalah digantikan dengan Jadual Gaji Minimum - Maksimum (JGMM). Contohnya adalah Jadual Gaji Minimum - Maksimim (JGMM) bagi gred gaji N seperti di bawah;


Bagi kaedah pemindahan gaji pula, amaun gaji baru dalam JGMM pada 1 Januari 2012, gaji hakiki pegawai pada 31 Disember 2011 ditambah dengan kadar peratusan kenaikan gaji yang ditetapkan mengikut gred seperti di Jadual 1.

Pegawai yang Tarikh Pergerakan Gaji (TPG) adalah pada 1 Januari 2012 hendaklah
diberi gaji baru terlebih dahulu, dan seterusnya diberi Pergerakan Gaji Tahunan (PGT) (tertakluk kepada keputusan Panel Pembangunan Sumber Manusia) dalam JGMM. Contoh kaedah pemberian gaji baru adalah seperti di bawah;



Bagi memudahkan anda untuk mengira gaji yang akan anda terima, JPA juga ada menyediakan satu kalkulator yang sangat mudah untuk anda mengira gaji yang bakal anda terima mulai 1 Januari, 2012. Apa yang perlu anda tahu adalah gaji anda pada 31 Disember, 2012. Selamat mencuba.


Info Kebaboom : Orang kerajaan pasti tersenyum sebab Pekeliling yang ditunggu-tunggu dah pun keluar. Semoga kualiti perkhidmatan juga seiring dengan penambahan gaji yang diberikan.
Tag :

CUEPACS MINTA JPA SEGERA KELUARKAN PEKELILING

on Saturday, 24 March 2012

CUEPACS minta JPA Keluarkan Pekeliling | JPA diminta segera keluarkan Pekeliling - CUEPACS menggesa Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) mengeluarkan pekeliling berhubung pelarasan gaji baru bagi kakitangan awam mengikut Skim Saraan Malaysia (SSM) selewat-lewatnya hujung bulan ini.


Presiden CUEPACS Datuk Omar Osman berkata, pekeliling itu perlu diedar segera kepada semua kementerian, jabatan dan agensi kerajaan bagi membolehkan pembayaran gaji baru dengan kenaikan antara tujuh dan 13 peratus dibuat kepada semua kakitangan awam mulai bulan depan. 

Beliau berkata, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak sudah mengumumkan pelarasan gaji baru kakitangan awam iaitu kenaikan antara tujuh dan 13 peratus tetapi pihaknya masih menunggu pekeliling itu untuk membolehkan setiap agensi membuat kiraan gaji untuk dibayar pada bulan berikutnya. 


Omar berkata, jika JPA lewat mengeluarkan pekeliling itu, ia akan menyukarkan jabatan dan agensi kerajaan membuat kiraan gaji baru, selain perlu membayar tunggakan gaji lebih tinggi pada masa depan.
Tag : ,
 
© Info Kebaboom | All Rights Reserved
D.I.Y Themes ByBelajar SEO