KEPUTUSAN PENUH LIGA SUPER 31 MAC 2012

on Saturday, 31 March 2012


Keputusan Penuh Liga Super 2012  - Hari ini berlangsung 5 perlawanan yang melibatkan Liga Super. Antara perlawanan yang berlangsung adalah;
  • Johor FC Vs Terengganu [Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah, Terengganu]
  • Lion XII FC Vs Terengganu PBDKT T-Team [Stadium Jalan Besar, Singapura]
  • Selangor PKNS Vs Sarawak [Stadium MBPJ, Kelana Jaya, Selangor]
  • Sabah Vs Selangor -[Stadium Likas, Sabah]
  • Kelantan Vs Kuala Lumpur Felda United FC [Stadium Sultan Mohamad ke-IV, Kota Bharu] 
Berikut adalah keputusan penuh bagi perlawanan Liga Super yang berlangsung hari ini, 31 Mac 2012.

JOHOR FC vs TERENGGANU
0 - 0

KELANTAN vs KUALA LUMPUR FELDA UNITED
5 - 1

SABAH vs SELANGOR
1-1

SELANGOR PKNS vs SARAWAK
1 - 4

LION XII FC Vs TERENGGANU PBDKT T-TEAM 
2 - 1

Tag : ,

SKUASY | JUARA TERBUKA KL CIMB ATAU KINI DIKENALI TERBUKA KL NICOL DAVID CIMB

Juara Skuasy Terbuka KL 2012 | Juara Skuasy CIMB Nicol David Terbuka Kuala Lumpur 2012 -  Seperti yang dijangka, pemain skuasy negara Datuk Nicole Ann David bergelar juara bagi kejohanan terbuka skuasy CIMB Nicol David Kuala Lumpur bagi tahun 2012.


Apa yang lebih manis, kejayaannya pada kejohanan kali ini adalah apabila Kejohanan Skuasy Terbuka KL CIMB dikenali sebagai Kejohanan Skuasy Terbuka KL Nicol David dan beliau menjuarai kejohanan yang menggunakan namanya sendiri. Pertukaran nama kejohanan ini adalah sebagai penghormatan kepada ratu squasy negara itu yang telah pun menjuarai enam kejuaraan dunia.

Perlawanan akhir yang berlangsung di Berjaya Times Square sekitar jam 4 petang tadi menemukan Datuk Nicol Ann David dengan Annie Au dari Hong Kong iaitu ranking ke 10 dunia. Nicol menang mudah menewaskan Annie Au dengan 11-4, 12-10 dan 11-9.

Sementara itu, bagi kategori lelaki, Andrian Grant dari England bertemu Omar Mosaad dari Mesir. Kemenagan memihak kepada Omar dengan 11-6, 12-10. 14-12, 11-6 dan 11-8 dalam tempoh lebih kurang 112 minit.

Omar pulang dengan hadiah wang tunai AS$ 8,075 (RM24,725) manakala Nicol AS$11,000 (RM34,906).

SUMBER
Tag : ,

KEPUTUSAN LIGA SUPER 31 MAC 2012 | JOHOR FC VS TERENGGANU

Johor FC Vs Terengganu Liga Super | Keputusan Terengganu Vs Johor FC - Selepas dua perlawanan berlangsung semalam untuk Liga Super, hari ini satu lagi perlawanan Liga Super akan berlangsung antara Johor FC Vs Terengganu.



Perlawanan antara Johor FC dan Terengganu ini akan berlangsung di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah, Terengganu bermula sekitar jam 8.45 malam. Terengganu mempunyai kelebihan kerana beraksi di hadapan penyokong sendiri dan mempunyai kelebihan untuk mengukuhkan kedudukan mereka kerana Terengganu berada di kedudukan ke tiga dalam liga super dengan 20 mata.

Perlawanan malam ini boleh ditonton secara langsung di RTM di TV1 dan boleh juga ditonton secara Livestreaming di saluran berikut;



JOHOR FC VS TERENGGANU

0 - 0
(KEPUTUSAN PENUH)

Selain dari perlawanan antara Johor FC dan Terengganu, terdapat empat lagi perlawanan Liga Super iaitu;
  • Lion XII FC Vs Terengganu PBDKT T-Team - Stadium Jalan Besar, Singapura
  • Selangor PKNS Vs Sarawak - Stadium MBPJ, Kelana Jaya, Selangor
  • Sabah Vs Selangor - Stadium Likas, Sabah
  • Kelantan Vs Kuala Lumpur Felda United FC - Stadium Sultan Mohamad ke-IV, Kota Bharu.
Tag : ,

JPA KELUARKAN PEKELILING GAJI BARU SSM 2012

Pekeliling Gaji Baru SSM12 | Gaji Baru Penjawat Awam 2012 | Jadual Gaji Baru SSM | Semakan Gaji Baru SSM - Setelah beberapa usaha dilakukan dan gesaan CUEPACS supaya Jabatan Perkhidmatan Awam Malaysia (JPA) akhirnya telah pun mengeluarkan Pekeliling yang semenangnya amat dinantikan oleh penjawat awam seluruh Malaysia.


Pekeliling yang dimaksudkan adalah Pekeliling Perkhidmatan Bil. 1 Tahun 2012. Seperti semua sedia maklum, penambahbaikan gaji yang dibuat ke atas Sistem Saraan Malaysia sebelum ini adalah berdasarkan peratusan yang telah dipersetujui seperti berikut;


Berdasarkan daripada peratusan yang telah ditetapkan, prinsip pemberian kenaikan gaji adalah berdasarkan gaji hakiki pegawai pada 31 Disember, 2011 dan ditambah dengan kadar peratusan kenaikan gaji mengikut gred yang telah ditetapkan.

Jadual Gaji Sebaris bagi Kumpulan Pengurusan Tertinggi dan Jadual Gaji Matriks bagi Kumpulan Pengurusan dan Profesional, serta Kumpulan Pelaksana yang berkuat kuasa sehingga 31 Disember 2011 adalah digantikan dengan Jadual Gaji Minimum - Maksimum (JGMM). Contohnya adalah Jadual Gaji Minimum - Maksimim (JGMM) bagi gred gaji N seperti di bawah;


Bagi kaedah pemindahan gaji pula, amaun gaji baru dalam JGMM pada 1 Januari 2012, gaji hakiki pegawai pada 31 Disember 2011 ditambah dengan kadar peratusan kenaikan gaji yang ditetapkan mengikut gred seperti di Jadual 1.

Pegawai yang Tarikh Pergerakan Gaji (TPG) adalah pada 1 Januari 2012 hendaklah
diberi gaji baru terlebih dahulu, dan seterusnya diberi Pergerakan Gaji Tahunan (PGT) (tertakluk kepada keputusan Panel Pembangunan Sumber Manusia) dalam JGMM. Contoh kaedah pemberian gaji baru adalah seperti di bawah;



Bagi memudahkan anda untuk mengira gaji yang akan anda terima, JPA juga ada menyediakan satu kalkulator yang sangat mudah untuk anda mengira gaji yang bakal anda terima mulai 1 Januari, 2012. Apa yang perlu anda tahu adalah gaji anda pada 31 Disember, 2012. Selamat mencuba.


Info Kebaboom : Orang kerajaan pasti tersenyum sebab Pekeliling yang ditunggu-tunggu dah pun keluar. Semoga kualiti perkhidmatan juga seiring dengan penambahan gaji yang diberikan.
Tag :

BANJIR KILAT DI KLANG

on Friday, 30 March 2012

Klang dilanda banjir kilat | Banjir kilat landa Klang | Gambar banjir di Klang - Berikutan daripada hujan yang berterusan sejak jam 3.30 pagi, akhirnya klang dilanda banjir kilat setinggi hampir satu meter dan ini adalah kali kedua klang dilanda banjir.


Antara kawasan yang dilanda banjir adalah Taman Sri Andalas, Taman Selatan, Taman Melawis, Taman Sentosa, Taman Bayu Perdana, Taman Sg Ujong, Taman Palmgrove, Padang Jawa dan Taman Chi Liung. Beberapa sekolah juga terpaksa ditutup disebabkan banjir.


Menurut penduduk, punca banjir yang berlaku berpunca daripada kunci air yang tidak dibuka. Longkang yang tersumbat juga semakin memburukkan keadaan.
Tag : ,

KEPUTUSAN LIGA SUPER 30 MAC 2012 | KUALA LUMPUR VS NEGERI SEMBILAN

Kuala Lumpur Vs Negeri Sembilan Liga Super | Keputusan Liga Super Kuala Lumpur Vs Negeri Sembilan -  Satu lagi perlawanan bola sepak Liga Super yang akan berlangsung hari ini akan melibatkan pasukan Kuala Lumpur dan Negeri Sembilan yang akan diadakan di Stadium Hang Jebat, Melaka. Perlawanan akan berlangsung pada malam ini sekitar jam 8.45 malam.



LIVE STREAMING KUALA LUMPUR VS NEGERI SEMBILAN


KUALA LUMPUR VS NEGERI SEMBILAN
1 - 2
(KEPUTUSAN PENUH)
Tag : ,

KEPUTUSAN LIGA SUPER 30 MAC 2012 | KEDAH VS PERAK

Kedah Vs Perak Liga Super 2012 | Keputusan Liga Super Kedah Vs Perak - Pertembungan antara Kesah dan Perak yang dijadualkan berlangsung pada malam ini sekitar jam 8.45 malam di Stadium Darul Aman, Kedah. Pasukan Perak akan beraksi ditempat lawan dan perlu berkerja lebih keras sekiranya ingin memastikan 3 mata penuh dibawa pulang malam ini.

Pada 17 Mac, 2012 yang lalu pasukan Kedah tewas kepada Negeri Sembilan dengan 1-2 manakala pasukan Perak turut kalah kepada pasukan Kelantan dengan 0-2. Kedua-dua pasukan pastinya berusaha keras untuk menang pada perlawanan malam nanti.





PERAK VS KEDAH
0 - 3
(KEPUTUSAN PENUH)
Tag : ,

DAFTAR PEMILIH SEBELUM APRIL 2012 | LAYAK MENGUNDI PRU 13

Daftar Pemilih Sebelum April 2012 | PRU 13 | - Esok akan berakhirlah tempoh pendaftaran pemilih bagi suku tahun pertama 2012. Daftar Pemilih Tambahan Suku Tahun (DPT ST) 1/2012 dijangka diwartakan pada bulan Mei ini. Bagi sesiapa yang masih belum mendaftar sebagai pemilih boleh melakukan demikian sebelum ahad 1 April 2012 bagi membolehkan anda mengundi pada Pilihanraya Umum Ke 13 sekiranya Pilihanraya Umum tersebut dijalankan selepas bulan Jun 2012.


Sehingga DPT ST 4/2011 yang berakhir pada 31 Disember tahun lalu,jumlah pemilih yang berdaftar di seluruh negara ialah 12,595,268 orang, manakala 3,088,540 orang atau 19.7 peratus masih belum mendaftar sebagai pengundi.

Info Kebaboom : Bagi sesiapa yang berhasrat untuk mengundi bagi Pilihanraya Umum Ke 13 yang dijangka berlangsung pada tahun ini, anda dinasihatkan untuk mendaftar sebagai pengundi. Tunaikanlah tanggungjawab kita sebagai rakyat Malaysia.


Tag : ,

SEMAK KEPUTUSAN MATRIKULASI KPM ONLINE

Semak Keputusan Kemasukan Matrikulasi 2012/2013 Online | Bagi adik-adik kita yang baru sahaja menerima keputusan SPM baru-baru ini dan telah memohon untuk kemasukan ke program Matrikulasi Kemanterian Pelajaran Malaysia (KPM) bolehlah berbuat demikian bagi PST dan PDT mulai 25 April 2012.


Keputusan kemasukan ke Matrikulasi Kementerian Pelajaran Malaysia boleh dibuat menggunakan dua cara iaitu melalui laman web Kementerian Pelajaran Malaysia di Semakan Tawaran Kolej Matrikulasi yang bermula sejak 25 April, 2012 atau melalui khidmat pesanan ringkas (SMS).

Cara semakan melalui khidmat pesanan ringkas (SMS) adalah seperti berikut;

Taip MOE (jarak) MAT (jarak) No.KP (tanpa sempang) 
dan hantar kepada 15888

Contohnya;

MOE MAT 940214024567
hantar kepada 15888 
Tag :

GEMPA BUMI DI MERSING

Gempa Bumi Landa Mersing | Gempa Bumi Di Mersing - Satu gempa bumi berukuran 3.2 pada skala Richter melanda Mersing, Johor pada pukul 9.43 malam tadi.

Jabatan Meteorologi Malaysia dalam kenyataan di sini berkata gempa itu berpusat di 16km timur laut dari Mersing. Pusat gempa bumi tersebut terletak di latitud 2.5 Utara longitud 103.9 Timur. 16km Timur laut Mersing, Johor.
 

Gegaran kecil mungkin dirasai di sekitar kawasan itu, kata kenyataan itu. — BERNAMA

Info Kebaboom : Malaysia terletak di luar jaluran lingkaran api dunia, tapi kali ini pusat gempa dikatakan berpunca di Mersing. Berfikir..
Tag : ,

KLCC TERBAKAR

on Thursday, 29 March 2012

Gambar KLCC Terbakar | KLCC terbakar | Punca KLCC Terbakar -  Petang tadi sekitar jam 5.25 petang, satu kebakaran dikatakan berlaku di KLCC. Kebakaran yang dikatakan berpunca dari bahagian dapur sebuah restoran iaitu Restoran Chinoz On The Park.


Kebakaran dipercayai berpunca daripada letupan kecil yang disyaki berpunca daripada kebocoran gas. Pihak pengurusan mengambil langkah keselamatan dengan meminta orang ramai supaya mengosongkan bangunan berkenaan.

Pengumuman yang dibuat melalui pembesar suara bangunan menyebabkan orang mereka yang berada di dalam bangunan berkenaan berpusu-pusu untuk keluar.


Walaubagaimanapun kebakaran berjaya dikawal dan tiada sebarang kemalangann jiwa dilaporkan.

Tag :

LIYANA JASMAY BERTUNANG

Gambar Tunang Liyana Jasmay | Liyana Jasmay bertunang - Sempena ulangtahun kelahiran pelakon dan penyanyi Aku Tak Percaya Cinta pada 28 Mac yang lalu, akhirnya menjadi tunangan orang. Majlis yang diadakan di kediaman keluarganya di Kemensah Height menyaksikan ikatan pertunangan antara Liyana Jasmay dengan seorang ahli perniagaan iaitu Fathuddin Mazlan, 28.


Semasa majlis pertunangan ini berlangsung, mereka turut mengumumkan tarikh pernikahan mereka pada tahun hadapan iaitu pada 24 Januari, 2013. Upacara menyarungkan cincin pertunangan mereka disempurnakan oleh ibu Fathuddin, Puan Hajah Jamilah disaksikan ahli keluarga terdekat.




Info Kebaboom : Memang ramai artis tanahair yang melangkah ke fasa baru kehidupan. Tahniah Liyana Jasmay dan tunangnya.

Kredit gambar : OhBulan
Tag :

KHAIRUL FAHMI CHE MAT MODEL MINYAK WANGI SIMPLYSITI

on Wednesday, 28 March 2012

Khairul Fahmi Che Mat Model Minyak Wangi Simplysiti | Khairul Fahmi Che Mat Jadi Model - Baru-baru ini, Khairul Fahmi Che Mat (KFCM) iaitu penjaga gol skuad kebangsaan memberitahu dan mewar-warkan di dalam akaun Twitter miliknya bahawa Dato' Siti Nurhaliza dan suaminya belanja Khairul Fahmi makan tengahari.


Rupa-rupanya, pertemuan mereka diadakan kerana membincangkan tentang penglibatan Khairul Fahmi sebagai model minyak wangi Simplysiti yang telah pun berada di pasaran iaitu Pure, Memoir dan Precious yang dijual dengan harga RM69.90 sebotol untuk 50ml. Eau de Parfum Simplysiti ini akan dilancarkan dengan rasminya pada April yang akan datang.
Tag : ,

AZZA ELITE NIKAH 1 APRIL

Azza Elite Nikah | Tarikh Azza Elite Nikah | Azza Elite Kahwin - Pasti ramai yang masih ingat dengan Kumpulan Elite yang terdiri daripada Abby Abadi, Linda Raffar, Shasha Saidin dan juga Azza Elite.


Setelah enam tahun menjadi ibu tunggal akhirnya pada 1 April, 2012 ini beliau akan menamatkan zaman jandanya dengan seorang pramugara Air Asia iaitu Azlan Zulaily. 

Menurut Azza, Majlis pernikahan mereka akan diadakan di Masjid Bukit Antarabangsa selepas solat Zuhur sementara majlis perkahwinan pula akan diadakan di pasar raya Mydin, Ipoh, Perak yang belum ditentukan tarikhnya lagi.

Info Kebaboom : Semoga berbahagia untuk Azza Elite dan bakal suaminya.

Tag : ,

AWAL DAN SCHA NIKAH 4 MEI

Awal dan Scha Nikah | Tarikh Nikah Awal dan Scha - Rentetan daripada peristiwa Awal Ashaari melamar Scha Al Yahya secara live tempoh hari, pada satu sidang media khas, Awal dan Scha mengumumkan tarikh pernikahan mereka adalah pada 4 Mei 2012.

Majlis gilang gemilang tersebut dijangkan diadakan di Pullman Putrajaya. Majlis resepsi pula akan diadakan di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) pada 6 Mei, jam 8.00 malam.


Menurut mereka, majlis merisik telah diadakan pada 30 Mei 2011 lalu iaitu pada harijadi Scha yang ke 28. Pada majlis itu Scha menerima sebentuk cincin tanda yang disarungkan oleh kakak Awal.

SUMBER
Tag : ,

SAH LAKU BAUCER BUKU 1MALAYSIA DILANJUTKAN

Sah Laku BR1M dilanjutkan | Tempoh Sah Laku BR1M Dilanjutkan - Baucer Buku yang telah diedarkan sebelum ini yang akan tamat pada 31 Mac, 2012 telah dilanjutkan tempoh sah lakunya sehingga 30 April, 2012. 


Menterinya, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin, berkata lanjutan tempoh selama 30 hari diumumkan bagi memberi peluang kepada kira-kira 30,000 pelajar institusi pengajian tinggi yang baru mendaftarkan diri menikmati kemudahan terbabit. Susulan pengumuman itu, sebanyak 292 kedai buku yang menyertai program berkenaan dikehendaki menerima baucar buku itu.

Namun begitu, baucar ini hanya layak untuk pelajar yang menyambung pelajaran sebelum 31 Mac sahaja dan tidak layak kepada yang masuk pada April.
Tag :

AYAH PIN KINI LUMPUH

Ayah Pin Lumpuh | Ayah Pin Sakit - Pasti ramai yang masih ingat tentang Ariffin Muhammad, 75 atau Ayah Pin iaitu pemimpin ajaran sesat yang dikenali sebagai 'kerajaan langit' yang beberapa ketika menghilangkan diri. 


Ayah Pin kini dikatakan muncul kembali tetapi dalam keadaan menyedihkan apabila lumpuh separuh badan bahagian kanan akibat angin ahmar dan hanya mampu berjalan dengan dipimpin orang. Beliau dikatakan diserang angin ahmar ketika minum di sebuah gerai di Batu 13, Hulu Besut bulan lalu.

Ayah Pin berulang-alik dari tempat tinggalnya di Batu 13, Hulu Besut ke Bachok untuk berurut dengan seorang tukang urut bagi mengubati penyakitnya dan biasanya akan ditemani dua isterinya serta seorang anak perempuan berusia belasan tahun dengan menaiki sebuah kenderaan pelbagai guna (MPV) berwarna gelap.

Adiknya, Abdul Rahman Muhamad, 64, yang kerap dikunjungi abangnya itu ketika datang berurut di Bachok mengesahkan keadaan terkini Ayah Pin.

SUMBER
Tag : ,

AWAL LAMAR SCHA LIVE DI ASTRO RIA

on Sunday, 25 March 2012

Awal Lamar Scha | Awal Lamar Scha Live - Bagi sesiapa yang menonton rancangan Propaganza tadi pasti telah pun menonton bagaimana Awal Ashaari telah melamar kekasihnya Scha Al-Yahya dalam rancangan tersebut yang disiarkan secara langsung. 

Semasa Awal melamar Scha, beliau memberikan sebentuk cincin bersama-sama sejambak bunga dan juga teddy bear yang sangat besar. Sungguh romantik dan penuh kejutan cara Awal Ashaari melamar kekasihnya Scha untuk dijadikan isteri.

Seperti yang pernah diberitahu sebelum ini, Awal dan Scha akan mengumumkan tarikh perkahwinan mereka pada selasa ini 27 Mac, 2012 jam 3 petang di Flora Cafe. Berikut adalah gambar yang diperolehi dari murai.com.my untuk tatapan anda.


VIDEO AWAL LAMAR SCHA DALAM PROPAGANZA




Info Kebaboom : Tahun 2012 adalah tahun artis menamatkan zaman bujang mereka. Semoga mereka berbahagia.
Tag : , ,

TEMAN LELAKI DAN 3 RAKAN DIDAKWA BUNUH ZARA DAN BAPA

on Saturday, 24 March 2012

Teman Lelaki dan 3 Rakan didakwa Bunuh Zara dan Bapa | - Suspek kes bunuh seorang pensyarah kolej swasta yang ditemui mati dibunuh bersama bapanya di Puchong dua minggu lalu dihadapkan ke Mahkamah MajistretPetaling Jaya Semalam. Suspek juga difahamkan adalah teman lelaki pensyarah berkenaan. 


Tertuduh Mohamad Zul Shahril Suhaimi, 20, dan tiga lagi rakan, Mohamad Sharafee Matt Noh, 19, Azizi Aizat Ibrahim, 20, dan Muhamad Safwan Muhamad, 20, adalah pelajar Kolej Teknologi Antarabangsa Cybernetics di Cheras, Kuala Lumpur yang juga tempat mangsa mengajar. Mereka kelihatan tenang dan hanya menjawab mereka faham, semasa ditanya berhubung tuduhan tersebut dan tiada sebarang pengakuan direkodkan.

Mereka didakwa membunuh Zara Eleena Omar Peter, 23, juga orang kelainan upaya (OKU) di rumah No. 28, Jalan TK 1/11, Taman Kinrara Puchong antara pukul 1.30 pagi dan pukul 2.30 pagi, 9 Mac lalu.

Bagi tuduhan kedua, mereka didakwa membunuh bapa Zara, Omar Peter Abdullah, 57, di antara pukul 11.30 malam, 8 Mac lalu hingga pukul 1.30 pagi, 9 Mac lalu di rumah sama.

Info Kebaboom : Masih muda-muda lagi semua tertuduh. Membazir usia dan tenaga muda bila terpaksa habiskan masa dipenjara.

SUMBER
Tag : ,

CUEPACS MINTA JPA SEGERA KELUARKAN PEKELILING

CUEPACS minta JPA Keluarkan Pekeliling | JPA diminta segera keluarkan Pekeliling - CUEPACS menggesa Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) mengeluarkan pekeliling berhubung pelarasan gaji baru bagi kakitangan awam mengikut Skim Saraan Malaysia (SSM) selewat-lewatnya hujung bulan ini.


Presiden CUEPACS Datuk Omar Osman berkata, pekeliling itu perlu diedar segera kepada semua kementerian, jabatan dan agensi kerajaan bagi membolehkan pembayaran gaji baru dengan kenaikan antara tujuh dan 13 peratus dibuat kepada semua kakitangan awam mulai bulan depan. 

Beliau berkata, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak sudah mengumumkan pelarasan gaji baru kakitangan awam iaitu kenaikan antara tujuh dan 13 peratus tetapi pihaknya masih menunggu pekeliling itu untuk membolehkan setiap agensi membuat kiraan gaji untuk dibayar pada bulan berikutnya. 


Omar berkata, jika JPA lewat mengeluarkan pekeliling itu, ia akan menyukarkan jabatan dan agensi kerajaan membuat kiraan gaji baru, selain perlu membayar tunggakan gaji lebih tinggi pada masa depan.
Tag : ,

EMPAT JAM TERPAKU DILANTAI

on Thursday, 22 March 2012

LONDON: Seorang lelaki ‘terpaku’ di lantai rumah kira-kira empat jam apabila sebatang paku sepanjang 12.7 sentimeter menusuk tangannya secara tidak sengaja.


Alan Williams, 46, sedang cuba membaiki sesuatu di rumahnya apabila dia terjatuh dari tangga dan pemicu alat pemaku automatik di tangannya terpelantik tiba-tiba.

Nasib Williams menjadi lebih malang apabila ketika itu dia bersendirian di rumah dan tidak mampu bergerak untuk mendapatkan bantuan.

Keadaan Williams hanya berubah apabila pasangannya, Suzanne Amos, seorang jururawat, pulang kira-kira jam 11 malam dan mendapati dia menggigil dan dalam keadaan terkejut.

Suzanne kemudian menghubungi talian kecemasan 999 bagi mendapatkan bantuan.

Williams bernasib baik kerana paku itu menembusi tangan kirinya tanpa mencederakan sebarang otot atau saluran darah penting.

Sekumpulan anggota bomba kemudian terpaksa menanggalkan kepingan kayu di lantai rumah Williams untuk membolehkan dia dibawa ke hospital di Newcastle-under-Lyme, Staffordshire.

Di situ, doktor segera mencabut paku berkenaan dan merawat kecederaan pada tangan Williams.
Pemeriksaan menunjukkan, tangan Williams akan pulih seperti asal tidak lama lagi.

Sementara itu, Williams berkata, ketika terjatuh dari tangga, dia menggunakan tangan kiri untuk menahan badan tetapi alat pemaku automatik berkenaan terjatuh ke atasnya.

“Saya dipaku ke lantai dan tidak mampu bergerak jauh.

“Bagaimanapun, sebenarnya tidak banyak darah keluar dan kesakitan juga tidak seberapa,” katanya.

Tiga jam kemudian, kata Williams, kakinya mula terasa kebas dan dia kesejukan sehinggalah Suzanne pulang.

“Doktor kata, saya sangat bernasib baik,” katanya. - TS

Tag :

LIRIK | YUNA SPARKLE

LIRIK YUNA - SPARKLE

You make me sick in a lot of ways
Make me smile always
I'm just really into
Having this chase
Kept my eyes open everytime
Falling for you is a crime
We let sparks go off
This time

Chorus:
Oh oh
I've been here before
Not long ago
With someone just as beautiful
Just as doubtful
I sure don't mind
Having you
This time

I see it in the steps you take
I hear it in the sounds you make
I'm just really into
Having a taste
Remind me how we got this far
Remind me how we fell apart
Oh I can't give you
That space in my heart

Chorus

And then we fall asleep.

I'm the one
Whos always in the way
But you got me
Hoping for more more more
I'm here to stay
As though I am always there
As though I had never left

Oh oh
I've been here before
Not long ago
With someone just as beautiful
Just as doubtful
I sure don't mind
Spendin time
I've been here before
Not long ago
With someone just as beautiful
Just as doubtful
I sure don't mind
I sure don't mind
I sure don't mind
Getting hurt again


Tag :

YUNA DUTA GALAXY NOTE

Duta Galaxy Note | Yuna dilantik duta Galaxy Note - Hari ini Ketua Telefon Mudah Alih Samsung Malaysia, Lee Jui Siang telah mengumumkan bahawa penyanyi dan kompose yang semakin terkenal iaitu Yuna atau Yunalis Zarai dilantik sebagai duta  bagi produk Samsung iaitu Galaxy Note.


Menurut sumber juga, video klip lagu Sparkle nyanyian Yuna juga dirakamkan menggunakan Galaxy Note dan projek ini dipanggil Projek Sparkle.

Info Kebaboom : Untunglah.. :D
Tag : ,

SPM 2011 | 559 DAPAT A+ SEMUA SUBJEK

on Wednesday, 21 March 2012

SPM 2011 | Dapat A+ Semua Subjek | Analisis Keputusan SPM - Hari ini ramai adik-adik kita yang telah pun menerima keputusan bagi Peperiksaan SPMyang telah mereka duduki pada tahun 2011. Bagi adik-adik yang belum berkesempatan mengambil keputusan, adik-adik boleh juga menyemak keputusan peperiksaan SPM 2011 menggunakan khidmat SMS.


Menurut Ketua Pengarah Pelajaran, Datuk Seri Abd Ghafar Mahmud, seramai 559 calon sekolah Kementerian Pelajaran berjaya memperoleh gred Cemerlang Tertinggi (A+) bagi semua mata pelajaran yang diambil dalam Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2011 berbanding seramai 403 calon pada 2010.

Beliau turut berkata, daripada jumlah itu, seramai 506 adalah calon sekolah menengah kebangsaan manakala 53 lagi calon dari sekolah selain sekolah menengah kebangsaan berbanding masing-masing 363 dan 40 calon pada tahun 2010.

Info Kebaboom : Pernah merasa betapa berdebarnya semasa menunggu keputusan SPM diumumkan.

Tag : ,

SCHA DAN AWAL UMUM TARIKH NIKAH

Scha dan Awal Kahwin | Scha dan Awal Umum Tarikh Pernikahan - Desas desus mengenai tarikh perkahwinan pasangan pelakon Awal Ashaari dan Scha Al Yahya akan terjawab apabila kedua-dua artis tersebut akan membuat pengumuman rasmi mengenai pernikahan mereka pada Selasa depan.


Majlis berkenaan akan diadakan di Ampwalk, Jalan Ampang dekat sini bermula pukul 3 petang yang akan dihadiri oleh kedua-dua pasangan tersebut.

Jemputan mengenai sidang media majlis itu telah dikirimkan kepada pihak media lewat petang Rabu.

Sementara itu pengurus kepada Awal iaitu Azlina Merican yang dihubungi mStar Online di sini memberitahu, pihak media boleh bertanya apa juga soalan kepada kedua-dua pasangan berkenaan berhubung teka-teki mengenai hubungan mereka selama ini.
“Insya-Allah, Awal dan Scha bersedia untuk berkongsi satu berita gembira buat peminat dan juga pihak media,” katanya yang masih mahu berahsia mengenai inti pati majlis itu.

Awal atau nama sebenarnya Ahmad Awaluddin Ashaari,31, sebelum ini menjelaskan terpaksa menangguhkan perkahwinannya dengan Scha atau nama sebenarnya Sharifah Norazean Syed Mahadzir, 29, kerana tempahan dewan yang dikatakan telah penuh.

Bagaimanapun timbul pula desas desus mengatakan mereka akan mengakhiri zaman bujang masing-masing pada pertengahan tahun ini - mStar

Info Kebaboom - Tahniah untuk Scha dan Awal. Semoga bahagia sentiasa.
Tag : ,

TEASER | TWILIGHT BREAKING DAWN PART 2

Twilight Breaking Dawn Part 2 | Breaking Dawn Teaser | - Bagi mereka yang meminati atau mengikuti siri Twilight, pasti semua peminat dan pengikut filem ini perasan di penghujung cerita Twilingt Breaking Dawn Part 1, Bella telah bertukar menjadi pontianak.

Teaser yang dikeluarkan menggambarkan Bella yang baru, Bella yang lebih kuat berlari dengan kelajuan yang amat tinggi merentasi hutan dan kemudiannya muncul Jacob Black (Taylor Lautner) si Warewolf dan berkata..
'I didn't expect you to seem so…you,'
Babak seterusnya apabila Bella berada bersama suaminya Edward Cullen dan memberitahu Bella
'We’re the same temperature now,'
Teaser tersebut tamat di situ. Teaser yang hanya mengambil masa 15 saat ini walaupun sekadar bak kata pepatah hanya sekelip mata tetap mengujakan peminat siri Twilight. Mari kita saksikan teaser tersebut.

THE TWILIGHT SAGA: BREAKING DAWN - PART 2 - Teaser Trailer Sneak Peek


Info Kebaboom : Rasa tak sabar untuk menonton kesudahan siri Twilight ini.
Tag :

LIRIK | MAHER ZAIN NUMBER ONE FOR ME

 LIRIK MAHER ZAIN - NUMBER ONE FOR ME

I was a foolish little child
Crazy things I used to do
And all the pain I put you through
Mama now I’m here for you

For all the times I made you cry
The days I told you lies
Now it’s time for you to rise
For all the things you sacrificed

Oooh
If I could turn back time rewind
If I could make it undone I swear that I would
I would make it up to you


Mom I’m all grown up now
It's a brand new day
I’d like to put a smile on your face everyday

Mom I’m all grown up now
And it’s not too late
I’d like to put a smile on your face everyday


Now I finally understand
That famous line
About the day I’d face in time
Coz now I have a child of mine

Even though I was so bad
I’ve learnt so much from you
Now I’m trying to do it too
Love my kids the way you do

Oooh
If I could turn back time rewind
If I could make it undone I swear that I would
I would make it up to you

Oooh
If I could turn back time rewind
If I could make it undone I swear that I would
I would make it up to you

Mom I’m all grown up now
I’ts a brand new day
I’d like to put a smile on your face everyday

Mom I’m all grown up now
And it’s not too late
I’d like to put a smile on your face everyday

You know you are the number one for me
Oh oh
number one for me

There is no one in this world
That can take your place
Oooh I’m sorry for ever taken you for granted

I will use every chance I get
To make you smile
Whenever I’m around you

Now I will to try to love you
Like you love me
Only God knows how much you mean to me

Oooh
If I could turn back time rewind
If I could make it undone I swear that I would
I would make it up to you


Mom I’m all grown up now
I’ts a brand new day
I’d like to put a smile on your face everyday

Mom I’m all grown up now
And it’s not too late
I’d like to put a smile on your face everyday

The number one for me
The number one for me
The number one for me
Oh oh
Number one for me


,
Tag :

SITI NURFATIHAH SELAMAT BERADA BERSAMA TEMAN LELAKI

Siti Nur Fatihah Selamat Berada Bersama Teman Lelaki | Remaja Hilang Berada Bersama Teman Lelaki - Satu Malaysia kecoh tentang kes Siti Nurfatihah yang diculik ketika membeli kad prabayar pada 19 Mac, 2012 yang lalu. Tapi hari ini kita menerima berita bahawa beliau selamat dan berada bersama teman lelakinya.


Menurut ibu remaja berkenaan, Nor Mala Mohd. Lazin, 34, beliau menerima panggilan telefon daripada seorang lelaki yang tidak dikenali memaklumkan anaknya itu kini berada di rumah ibu angkat kawan anaknya itu.
“Saya mendapat panggilan telefon pada kira-kira 2 pagi dan meminta saya dan keluarganya usah bimbang. Pada mulanya lelaki itu menyamar memberitahu dia pelajar tingkatan empat satu sekolah dengan Fatihah, namun apabila didesak dia akhirnya memberitahu dia adalah kawan kepada Fatihah,” katanya ketika ditemui pemberita di rumahnya di sini hari ini.
Menurutnya Nor Mala Mohd. Lazin, 34 juga, lelaki itu kemudian memaklumkan bahawa Fatihah akan pulang ke rumah dalam masa terdekat setelah kehilangannya kini telah menjadi kes polis.
“Saya sempat memujuk lelaki itu malah mendakwa mengenalinya supaya memaklumkan di mana Fatihah tinggal.


“Dalam perbualan kami selama dua jam itu, lelaki itu yang berusia 20-an turut memberitahu dia serba salah untuk berterus-terang kerana dia juga ada kes polis dan tak mahu ada apa-apa rekod lagi,” katanya.
Ketua Polis Kuantan ACP, Mohd. Jasmani Yusoff berkata kes itu masih dalam siasatan polis.

SUMBER

Info Kebaboom : Remaja zaman sekarang..Ish Ish Ish..
Tag :

PIALA AFC | KEPUTUSAN TERENGGANU VS KITCHEE FC

on Tuesday, 20 March 2012

Keputusan Terengganu vs Kitchee FC | Hari ini telah berlangsung satu lagi pertemuan antara Terengganu vs Kitchee FC untuk merebut Piala AFC. Perlawanan kali ini berlangsung bagi Kumpulan F. Perlawanan ini adalah perlawanan kedua bagi kedua-dua pasukan. Kedua-dua pasukan telah memenangi perlawanan pertama masing-masing.

Sebelum ini, Kitchee FC menewaskan Tampines Rovers 3-1 manakala Terengganu menewaskan Song Lam Nghe An 1-0.

Perlawanan kali ini nampaknya lebih memihak kepada Kitchee FC apabila berjaya menumpaskan Terengganu dengan 2 jaringan gol.


TERENGGANU [ 0 ] vs [ 2 ] KITCHEE FC

Tag : ,

MENTOR 6 | SENARAI PROTEGE KUMPULAN A DAN B

Mentor 6 | Senarai Protege Kumpulan A dan B - Mentor 6 telah membuka tirainya pada 18 Mac, 2012 yang lalu dengan disertai oleh enam mentor dengan protege mereka yang dipilih melalui beberapa sesi pemilihan.



Mentor dan protege mereka dibahagikan kepada dua kumpulan iaitu A dan B yang terdiri daripada

KUMPULAN A

Faizal Tahir & Anas
Ferhad & Wanie
Ramlah Ram & Ana Syuhada

KUMPULAN B

Ella & Caroline
Ogy Ahmad Daud & Zatul
Adam &KJ


Info Kebaboom : Selamat Maju Jaya untuk mentor dan protege yang terpilih serta 'Best of Luck'
Tag : ,

GAMBAR | ANAK SITI NUR SAERAH

Anak Siti Nur Saerah | Baru-baru ini Info Kebaboom ada terdengar dan membaca tentang kelahiran anak kedua Siti Nur Saerah iaitu adik kepada Siti Nurhaliza dan Siti Nur Saidah (AF).

Gambar dibawah adalah gambar Siti Nur Saidah sedang memangku bayi lelaki tersebut. Anak kedua Siti Nur Saerah dilahirkan di Hospital Besar Kuantan pada 18 Mac, 2012 yang lalu.

Gambar : Blog Abang Nara


Info Kebaboom : Tahniah diucapkan kepada Siti Nur Saerah atas kelahiran cahaya mata beliau.
Tag : ,

TOMOK MUNTAH DARAH

Tomok Muntah Darah | Kejadian muntah darah yang menimpa Tomok pada isnin lepas telah dikaitkan dengan santau atau pengamal ilmu hitam. Tetapi Tomok menafikan kenyataan tersebut dan mengaitkan kejadian muntah darah tersebut dengan salah makan dan beliau hanya mengambil ubat.

Tomok atau nama sebenarnya Syah Indrawan Ismail, 28 memaklumkan bahawa beliau muntah agak banyak pada waktu tersebut tetapi hanya mengalaminya sekali sahaja dan menolak ada unsur santau atau penyakit kronik.


Info Kebaboom : Mendoakan semoga Tomok cepat sembuh. Sekiranya sakit berpanjangan, Info Kebaboom menyarankan Tomok segera rujuk ke hospital dengan kadar segera.
Tag : , ,

PEMANDU LANGGAR RAFIZI HAMDAN SERAH DIRI

Pemandu Langgar Rafizi Hamdan Serah Diri | Rakaman CCTV Rafizi dilanggar | Negara dikejutkan dengan berita kematian seorang pelumba basikal dari Kelab Lee Tua yang maut akibat dilanggar dari belakang oleh sebuah kereta proton yang dipandu laju. Mangsa meninggal ditempat kejadian dan kereta yang melanggar beliau dikatakan dipandu dengan laju. Lebih malang lagi apabila pemandu kereta berkenaan tidak membantu mangsa malah meninggalkan tempat kejadian. Pemandu kenderaan itu melarikan diri tanpa menyedari nombor pendaftarannya tertanggal berhampiran mayat mangsa.

Menurut beberapa sumber, suspek yang berusia 20-an itu menyerah diri kepada polis dan akan didakwa dalam masa terdekat. Kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 kerana memandu secara berbahaya atau melulu hingga menyebabkan kematian.

Menurut rakaman CCTV di sebuah stesen minyak berhampiran, kereta tersebut dipandu laju sehingga gagal mengawal kenderaannya dan seterusnya melanggar mangsa sehingga tercampak.

RAKAMAN CCTV RAFIZI HAMDAN DILANGGAR


Info Kebaboom : Al-Fatihah, semoga roh arwah dicucuri rahmat dan pesanan untuk anda di luar sana, berhati-hati dan cermat semasa memandu.

Tag : ,

DICULIK KETIKA MEMBELI KAD PRABAYAR

on Monday, 19 March 2012

Siti Nurfatihah Hilang | Siti NurFatihah diculik | Pelajar Hilang | Pelajar diculik | - Hari ini Malaysia gempar lagi apabila seorang pelajar dikatakan hilang ketika keluar membeli kad tambah nilai prabayar atau top up di sebuah kedai berhampiran dengan rumah mereka di Taman Tas, Kuantan. Siti Nurfatihah Mahadi, 15 tahun yang keluar ke kedai bersama-sama dengan dua orang adik kembarnya iaitu Muhammad Syahmi Aiman dan Siti Nurul Aishah yang masing-masing berusia 11 tahun.


Pelajar tingkatan tiga Sekolah Menengah Kebangsaan Pandan keluar dari rumahnya pukul 12 tengah hari dan beliau dipercayai dilarikan menggunakan sebuah kereta jenis Honda berwarna gelap oleh tiga individu termasuk seorang wanita tidak dikenali.

Orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai mangsa diminta menghubungi mana-mana balai polis berhampiran atau menghubungi Mahadi Muda di talian 019 9897807 atau 019 9813361.

Info Kebaboom rasa baru semalam kes pembunuhan Nurul Nadhirah Abdullah atau Dirang berlaku, hari ini terjadi pula kehilangan Siti Nurfatihah. Manusia semakin kejam.

SUMBER


Tag : ,

CUKAI PRABAYAR MULAI JULAI?

on Friday, 16 March 2012

Setelah mendapat beberapa bantahan tentang isu mengenakan cukai 6% cukai perkhidmatan terhadap pengguna prabayar, kerajaan dijangka untuk membuat keputusan untuk membenarkan syaraikat-syarikat telekomunikasi yang terdapat di Malaysia mengenakan cukai perkhidmatan sebanyak enam peratus terhadap pengguna prabayar, berkuatkuasa pada 1 Julai depan.


Mengikut sumber yang dipetik oleh Hong Leong Investment Bank (HLIB) Research, difahamkan, Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) telah mengeluarkan memo kepada semua syarikat telekomunikasi supaya bersedia secara teknikal terhadap pelaksanaannya.

Menurut HLIB Research, dengan pelaksanaan itu, pendapatan syarikat telekomunikasi dijangka meningkat berbanding sebelum ini di mana mereka terpaksa menyerap cukai perkhidmatan itu berbanding dikenakan kepada pengguna.

Tag : ,

7 PETALA CINTA

Filem terbaru terbitan Metrowealth Picture Sdn. Bhd. akan menemui penonton mulai semalam 15 Mac, 2012 adalah sebuah filem romantik islamik ini dibarisi oleh pelakon seperti Fizo, Shima Anuar, Aeril Zafril, Diana Amir dan Putri Mardiana. Filem yang diarahkan oleh Azhari Zain ini menampilkan suatu kelainan berbanding filem filem bergenre keagamaan yang pernah ditayangkan sebelum ini.


Menurut pelakon yang membintanginya, filem ini merupakan sebuah filem yang berat dan mereka perlu senantiasa menjaga dialog mereka kerana ianya menonjolkan kehalusan islam. Ini juga merupakan filem yang pertama mereka berempat di beri watak sebagai seorang yang warak dan tinggi ilmu agama.

SINOPSIS

Ianya mengisahkan tentang Hamka seorang graduan syariah dari Universiti Al-Azhar ditunangkan dengan anak kepada guru di madrasah Qalbun Salim, tempatnya menuntut ilmu, Saidatul Nafisah (Shima Anuar) dan kemudiannya berhijrah ke Yemen untuk menuntut ilmu. Dalam pada masa yang sama, Hilma Aqila (Diana Amir) adik kepada Hamka turut menuntut di Madrasah yang sama. Namun sebaliknya, Hamka gigih menulis al-Quran dengan tulisan tangannya sendiri bagi dijadikan hantaran perkahwinannya kelak.

Entah bagaimana, berita mengenai Hamka terbunuh di Yemen tersebar selepas negara itu dilanda perang saudara dan konflik politik. Tunangnya, Nafisah menanti dengan setia dan muncul pula watak Attar (Aeril) seorang yang jahil sehinggalah bertemu dengan Abi Ikhwan (Ustaz Dini) yang mengajar di Madrasah Qalbun Salim.yang sudah lama memendam perasaan kepada Nafisah. Di situlah wujudnya nilai kesetiaan seorang wanita yang mengagungkan seorang lelaki yang dicintai walaupun apa saja yang melanda.

Berikut adalah OST dan Trailer 7 Petala Cinta. Info Kebaboom mengucapkan selamat menonton.


Tag : , ,

IBU CAMPAK ANAK KERANA MERAJUK

Hanya kerana merajuk dengan suaminya, seorang wanita Tan Meng Leng, 35 tergamak mencampak anak tunggal mereka yang berusia lima tahun dari tingkat enam di pangsapuri Seri Alam, Serdang sebelum beliau sendiri bertindak terjun dari tingkat 10 blok yang berasingan.

Kejadian yang berlaku kira-kira jam 11.40 pagi itu dikatakan berpunca daripada perasaan marah dan merajuk apabila suaminya yang mahu keluar membaiki kereta di sebuah bengkel berhampiran enggan membawa bersama anak perempuan mereka. Suaminya, Teoh Hock Hwa, 45 berkata beliau enggan membawa anaknya bersama kerana beliau akan terus ke tempat kerja selepas membaiki kereta.

Kedua-dua mangsa tinggal di tingkat dua bangunan pangsapuri berkenaan dan polis masih menjalankan siasatan mengenai punca kejadian.

Info Kebaboom berasa sangat terkejut dan sedih apabila membaca berita ini. Bagaimana seorang ibu sanggup mencampak anak yang dikandungnya selama 9 bulan hanya disebabkan rasa marah dan merajuk pada si suami.

Tag : ,

PESTA BELON UDARA PANAS ANTARABANGSA 2012, PUTRAJAYA

Bermula semalam, 15 Mac 2012 telah bermulanya Pesta Belon Udara Panas Antarabangsa 2012 yang berlangsung di Putrajaya. Pesta belon udara panas ini disertai oleh pelbagai pihak yang datangnya dari dalam negara dan juga luar negara. Beberapa belon udara panas memenuhi ruang angkasa pada hari pembukaannya semalam.


Terdapat lebih daripada 26 belon dari 13 negara bersaing pada acara tahunan yang telah memasuki edisi keempat kali ini. Para pengunjung pesta belon udara juga berpeluang untuk menaiki dan merasai sendiri pengalaman menaiki belon udara panas selama 5 hingga 7 minit dengan kadar bayaran serendah RM10.

Berikut adalah butiran lanjut berkaitan Pesta Belon Udara Panas 2012

Pesta Belon Udara Panas Antarabangsa Putrajaya 2012
Tema : 1Dunia, 1Malasyia, 1Pesta
Tarikh Dan Masa : 13 – 18 Mac 2011 (7.00 pagi – 9.00 malam)
Lokasi : Monumen Alaf Baru, Precint 2, Putrajaya

Untuk maklumat lanjut, bolehlah melayari http://www.myballoonfiesta.com.
Tag :

SEMAK KEPUTUSAN SPM 2011 MELALUI SMS

on Thursday, 15 March 2012


Bagi adik-adik yang telah pun menduduki Peperiksaan SPM 2011 tentunya sedang berdebar-debar untuk menggu keputusan peperiksaan tersebut apatah lagi setelah pengumuman bahawa keputusan peperiksaan tersebut akan diumumkan di dalam waktu yang terdekat.

Bagi adik-adik yang tidak sabar-sabar untuk mengetahui keputusan peperiksaan SPM tersebut, semakan keputusan peperiksaan SPMitu juga boleh disemak dengan SMS. Berikut adalah langkah-langkah yang perlu dilakukan adalah dengan menaip

SPM <space> Nombor Kad Pengenalan <space> Nombor Angka Giliran dan 
hantar ke 15888

contohnya adalah seperti 

SPM 940214024567 JA007B007 
hantar ke 15888

Untuk makluman semua, perkhidmatan ini disediakan dan akan beroperasi bermula jam 10 pagi mulai 21 Mac, 2012 dan akan ditamatkan pada 12 tengah malam pada 27 Mac, 2012.

Info Kebaboom mengucapkan selamat maju jaya kepada semua calon peperiksaan SPM tahun 2011.

Tag : , ,

HARGA PROTON P3-21A

Satu lagi model kereta sedan keluaran negara iaitu Proton P3-21A sedang hangat diperkatakan kini. Bagi yang berminat untuk memiliki model keluaran terbaru proton pasti tertanya-tanya harganya.


Proton Holdings Berhad telah mengumumkan harga jualan proton model terbaru keluarannya P3-21A  bermula dari RM62,000 hingga RM75,000 seunit mengikut jenis variasi dan spesifikasi dan tempahan telah mula dibuka semalam.
 
Menurut pengarah urusannya, orang ramai boleh membuat bayaran tempahan sebanyak RM500 di semua pusat jualan Proton seluruh negara atau di acara mega lima hari dinamakan ‘Power Of 1’ di Stadium Nasional Bukit Jalil dari 14 hingga 18 Mac ini.

Pembeli yang membuat tempahan bagi model baru itu juga berpeluang memenangi hadiah utama Lotus F1 Team i-Race berupa pengalaman memandu kereta Formula Satu Lotus dan mengikuti program khusus sebagai seorang pemandu F1 dalam sesi khas ditaja sepenuhnya di Sepanyol.
Tag : ,

UGUTAN BUNUH ZED ZAIDI

on Monday, 12 March 2012

Dunia hiburan tanah air kecoh apabila Timbalan Presiden Persatuan Seniman Malaysia iaitu Zed Zaidi menerima ugutan bunuh. Ramai yang berpendapat bahawa Zed Zaidi menerima ugutan bunuh setelah beliau mengusulkan tiga perkara kepada Perdana Menteri Datuk Sri Najib Tun Razak.


Pada Festival Youth Music Barisan Nasional (BN) 2011 yang berlangsung 4 Mac lalu, beliau telah mengusulkan tiga perkara iaitu kuota Rumah Rakyat 1Malaysia (PR1MA), perlindungan insurans dan penggunaan cermin kereta gelap untuk artis. Usul yang hebat mendapat kecaman adalah berkaitan penggunaan cermin gelap dikalangan artis.

Berikutan ugutan bunuh yang diterimanya menerusi e-mel, panggilan telefon, laman sosial seperti Twitter dan Facebook, Zed Zaidi melahirkan kebimbangan terutamanya tentang keselamatan isterinya yang sedang hamil lima bulan.

Adakah ugutan bunuh ini berpunca daripada usul yang dikemukakan oleh beliau tentang penggunaan cermin gelap kepada Perdana Menteri Malaysia?
Tag : ,

GAMBAR | MALEK NOOR KAHWIN

Alhamdulillah, dengan sekali lafaz sahaja, bekas jaguh atlet bina badan negara Dato Malek Noor sah menjadi suami kepada seorang pakar pedriatik, Dr Wan Asma Wan Ismail.

Majlis pernikahan mereka berlangsung di rumah keluarga pengantin perempuan di Kota Baharu, Kelantan. Segak mengenakan persalinan berwarna putih, Malek Noor memberikan senaskah Al-Quran sebagai barang hantaran. Khabarnya dalam upacara tersebut, tiada wang hantaran yang diberikan kerana menurut Dr.Wan Asma, dia tidak lagi memerlukan semua itu.


Majlis resepsi perkahwinan pula akan diadakan esok di Hotel Renaissance, Kota Baharu. Menurut Malek Noor, dia memilih tarikh 12 Mac 2012 sebagai detik terindah untuk bergelar suami kerana mahu mengimbas perjalanannya ke Tanah Suci, Mekah pada tarikh sama tahun lalu untuk mengerjakan umrah.

Katanya, semasa di Mekah, dia memohon doa kepada Allah agar memberi hidayah kepadanya serta petunjuk termasuklah mengenai calon isteri.

Selepas pulang daripada mengerjakan ibadah tersebut kata Malek, perjalanan hidupnya menjadi semakin mudah sehinggalah dia bertemu dengan wanita berkenaan.

Kami di Info Kebaboom mendoakan semoga perkahwinan yang dibina oleh mereka berkekalan hingga ke akhir hayat dan tahniah.
Tag : , , ,

FASHA SANDHA TOLAK TAJAAN

on Saturday, 10 March 2012


Cerita tentang pelakon terkenal tanah air iaitu Fasha Sandha yang akan menamatkan zaman bujang beliau pada bulan hadapan sedang hangat diperkatakan semenjak gambar beliau dan kekasihnya Jejai atau Toh Muda Rizal Ashram mengikuti kursus perkahwinan disebarkan oleh beberapa individu tertentu.

Memandangkan majlis bersejarah beliau yang semakin dekat, beliau memaklumkan bahawa beliau enggan menerima sebarang tajaan dari mana-mana pihak untuk majlis perkahwinan mereka nanti.

Fasha juga memaklumkan segala kelengkapan perkahwinan termasuk empat pasang persalinan busana untuk majlis perkahwinan tersebut akan dibayar sendiri oleh bakal suaminya yang sememangnya tidak mahu mengharapkan penaja untuk majlis perkahwinan mereka nanti.

“Saya dan bakal suami tidak akan menerima sebarang tajaan daripada mana-mana pihak kerana bakal suami ingin mengeluarkan sendiri wangnya untuk majlis kami nanti.

“Tambahan pula kami tidak mahu terhutang budi dengan mereka yang ingin berbuat demikian dan biarlah apa yang ada nanti datang daripada hasil titik peluh kami berdua,” ujarnya kepada mStar Online.
Tag : , ,

Live Streaming | Separuh Akhir All England 2012


Malam ini akan berlangsungnya separuh akhir badminton Yonex All England 2012 yang berlangsung sekitar jam 8.30 malam. Antara pemain badminton Malaysia yang akan beraksi pada malam ini adalah Datuk Lee Chong Wei dan bergu campuran iaitu Goh Liu Ying dan Chan Peng Soon. Selamat berjaya kepada mereka. Perlawanan malam ini boleh diikuti melalui siaran Live Streaming RTM TV1.
Tag : ,
 
© Info Kebaboom | All Rights Reserved
D.I.Y Themes ByBelajar SEO